Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur

Jalan Lingkaran Tengah 1 (Bahasa Inggeris: Middle Ring Road 1) atau singkatannya MRR1 merupakan salah sebuah jalan lingkaran utama di Kuala Lumpur, Malaysia yang membentuk "sempadan" bagi pusat bandar raya Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Jalan Tun Razak (Jalan Pekeliling), Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Damansara, Jalan Istana dan Jalan Lapangan Terbang oleh Jabatan Kerja Raya. Jalan lingkaran ini sering mengalami kesesakan semasa waktu puncak. Kini, jalan ini diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur

Destinasiutama KLCC
Sentul
Titiwangsa
Sejarah Siap pada 1982
Wujud 1977–kini